Apakah itu penyelidikan klinikal?
Penyelidikan klinikal dilakukan dalam kajian klinikal (juga dipanggil percubaan klinikal). Penyelidikan klinikal adalah amat penting untuk memajukan pengurusan atau rawatan keadaan perubatan dan penyakit. Semua ubat yang berpotensi mesti diuji dalam kajian klinikal sebelum ubat itu boleh diluluskan dan dipreskripsikan untuk kegunaan orang ramai.
Semasa kajian klinikal dijalankan, penyelidik mungkin mahu mengetahui pelbagai perkara tentang ubat kajian, seperti:
- Keselamatan ubat kajian.
- Sama ada ubat kajian mempunyai kesan sampingan yang mudah diurus.
- Sama ada ubat kajian boleh membuat orang berasa lebih baik atau menambah baik keadaan mereka.
- Dos yang paling sesuai.
Jenis kajian klinikal
Terdapat 4 langkah dalam proses penyelidikan klinikal yang dipanggil “fasa”. Setiap fasa memiliki tujuan yang berlainan untuk membantu penyelidik menjawab soalan yang berbeza. Pada setiap fasa pembangunan, pihak berkuasa kesihatan akan memeriksa hasilnya untuk mengetahui sama ada ubat kajian yang diuji boleh diteruskan kepada fasa seterusnya.
Apabila ubat kajian telah melepasi 3 fasa, ubat itu mungkin telah sedia untuk diserahkan untuk kelulusan. Walaupun pihak berkuasa kesihatan meluluskan ubat kajian itu untuk kegunaan orang awam, ubat itu masih perlu dipantau. Dalam fasa terakhir ini (4), penyelidik akan menguji takat keberkesanan ubat ini, selalunya dalam tempoh yang lebih lama, apabila ubat ini digunakan di luar persekitaran penyelidikan klinikal.
Kedua-dua Kajian LIVERAGE™ dan LIVERAGE™ Cirrhosis adalah dalam Fasa 3.
Siapakah lagi yang terlibat dalam kajian klinikal?
Kajian klinikal dilakukan di klinik, hospital, klinik swasta atau bilik rawatan. Semua ini dipanggil tapak kajian. Sepanjang kajian klinikal berjalan, anda akan disokong oleh pasukan kajian khusus. Pasukan ini biasanya terdiri daripada doktor, jururawat dan pakar penjagaan kesihatan yang lain. Pasukan ini juga mungkin melibatkan penyelaras kajian dan kakitangan lain. Setiap ahli pasukan kajian komited untuk memantau kesihatan dan kesejahteraan anda dengan teliti.
Dengan menyertai kajian klinikal, anda mungkin berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan anda dan membantu orang lain yang menghidap penyakit hati berlemak pada masa hadapan.
Berminat?
Temukan tapak kajian berdekatan andaPautan berkaitan
Dengan memilih butang di bawah, anda mengakui bahawa anda akan meninggalkan laman web Kajian LIVERAGE™_LIVERAGE™ Cirrhosis dan meneruskan ke laman web lain yang tidak dilindungi oleh Dasar Privasi laman web Kajian LIVERAGE™_LIVERAGE™ Cirrhosis.
Teruskan ke laman web