Apakah maksud MAFLD, NAFLD, MASH dan NASH?
Dalam penyakit hati berlemak berkaitan disfungsi metabolisme (MAFLD), terlalu banyak lemak telah terkumpul di dalam hati seseorang. Jika tidak dirawat, hal ini boleh berkembang menjadi masalah hati yang lebih serius. MAFLD ialah istilah yang lebih baharu untuk penyakit yang sebelum ini dipanggil penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD).
Lemak tambahan di dalam hati boleh menyebabkan keradangan dan parut yang dipanggil steatohepatitis berkaitan disfungsi metabolisme (MASH). MASH ialah istilah yang lebih baharu untuk penyakit yang sebelum ini dipanggil steatohepatitis bukan alkohol (NASH).
Pemakanan yang lebih sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal boleh menghentikan perkembangan kepada kerosakan hati yang teruk.
Jika tiada tindakan diambil, keradangan dan parut yang berterusan boleh membawa kepada keadaan hati yang serius yang dikenali sebagai sirosis.
Hati yang mengalami sirosis boleh menjadi sangat rosak sehingga tidak lagi dapat melaksanakan fungsi pentingnya di dalam badan.
Orang yang menghidap MASH juga lebih berkemungkinan untuk mengalami keadaan berkaitan tambahan seperti obesiti dan diabetes jenis 2.
Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada hati saya bermasalah?
Sesetengah penghidap pada peringkat awal MASH tidak mempunyai sebarang gejala yang jelas. Satu-satunya cara mengetahuinya adalah dengan menjalani beberapa ujian perubatan. Diagnosis awal kerosakan hati adalah penting supaya langkah boleh diambil untuk menghentikan perkembangannya. Membuat perubahan positif seawal mungkin dapat membantu untuk mengelakkan keadaan lain yang berkaitan seperti penyakit jantung.
Perubahan gaya hidup
Membuat beberapa perubahan gaya hidup merupakan kunci untuk menghentikan perkembangan kerosakan hati yang teruk (sirosis). Nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan tentang pemakanan yang lebih sihat dan aktiviti fizikal amat membantu. Mendapatkan tidur yang cukup juga penting.
Pilihan rawatan
Pada waktu maklumat ini ditulis, terdapat pilihan rawatan yang amat terhad bagi doktor untuk merawat penghidap MAFLD atau MASH. Penyedia penjagaan kesihatan anda berkemungkinan besar akan menumpukan pada ubat untuk merawat keadaan yang mungkin merumitkan MASH, seperti diabetes jenis 2 atau tekanan darah tinggi.
Pilihan rawatan untuk MASH adalah terhad. Anda boleh memainkan peranan utama dalam penyelidikan klinikal yang bertujuan untuk memajukan ubat yang berpotensi khusus untuk para penghidap keadaan ini.
Pautan berkaitan
Dengan memilih butang di bawah, anda mengakui bahawa anda akan meninggalkan laman web Kajian LIVERAGE™_LIVERAGE™ Cirrhosis dan meneruskan ke laman web lain yang tidak dilindungi oleh Dasar Privasi laman web Kajian LIVERAGE™_LIVERAGE™ Cirrhosis.
Teruskan ke laman web