Penyelidikan klinikal yang mengutamakan anda dan hati anda

Kami sedang mencari orang dewasa yang menghidap penyakit hati berlemak untuk menyertai salah satu daripada dua kajian penyelidikan klinikal. Kedua-dua kajian ini menilai ubat kajian untuk mengetahui sama ada ubat kajian boleh menambah baik kesihatan hati individu yang menghidap penyakit hati berlemak pelbagai peringkat.

Ketahui lebih lanjut tentang penyakit hati berlemak
Perihal penyelidikan klinikal

Penyelidikan klinikal adalah amat penting untuk memajukan pengurusan atau rawatan keadaan perubatan dan penyakit. Semua ubat yang berpotensi mesti diuji dalam kajian klinikal sebelum ubat itu boleh diluluskan dan dipreskripsikan untuk kegunaan orang ramai.

Baca lagi
Mengambil bahagian

Dengan menyertai kajian klinikal, anda boleh memainkan peranan penting dalam penyelidikan perubatan dan berkemungkinan akan membantu orang lain yang menghidap penyakit hati berlemak pada masa hadapan.

Baca lagi

Jika anda menghidap penyakit hati berlemak, mengambil tindakan sekarang boleh membantu untuk menghentikan perkembangan kerosakan hati dan menambah baik kesihatan hati anda. Menerima nasihat pemakanan dan aktiviti fizikal merupakan bahagian utama kajian klinikal ini.