Dapatkah saya mengambil bahagian?
Terdapat pelbagai pemeriksaan untuk mengetahui sama ada Kajian LIVERAGE™ atau LIVERAGE™ Cirrhosis sesuai untuk anda. Bagi kedua-dua kajian ini, tiga kriteria utama adalah seperti berikut:
- Anda berumur 18 tahun ke atas (dan dianggap dewasa di sisi undang-undang di negara anda).
- Anda telah didiagnosis dengan MASH.
- Indeks jisim tubuh (BMI) anda ialah 27 kg/m2 atau lebih (25 kg/m2 atau lebih untuk individu daripada etnik Asia).
Anda boleh menyemak BMI anda menggunakan kalkulator BMI kami. Anda perlu tahu tinggi dan berat anda.
Kalkulator BMI dewasa
Tinggi
Berat
Jika hal ini terasa sesuai dengan anda dan anda mahu mengetahui lebih lanjut, sila temukan tapak kajian paling hampir yang mengambil bahagian dan hubungi mereka. Di tapak kajian, anda boleh membincangkan kajian ini dengan lebih terperinci dan mengetahui sama ada anda mungkin boleh mengambil bahagian dalam salah satu kajian ini.
Anda juga boleh kongsi dengan rakan jika senarai semak ini kelihatan seperti seseorang yang anda kenali.
Apakah itu keizinan termaklum?
Tiada ujian atau penilaian akan dilakukan sebelum anda menyetujui dan menandatangani Borang Keizinan Termaklum. Dokumen ini menjelaskan kajian secara terperinci, termasuk kemungkinan risiko dan manfaat, serta hak dan tanggungjawab anda. Anda boleh mengambil seberapa banyak masa yang anda perlukan untuk membaca dan memahami borang ini.
Adakah mengambil bahagian sesuai untuk saya?
Anda perlu berfikir masak-masak sebelum mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal. Sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil bahagian, pastikan anda memahami sebarang kemungkinan risiko yang terlibat. Tiada jaminan bahawa anda akan mendapat manfaat jika anda mengambil bahagian dalam Kajian LIVERAGE™ atau LIVERAGE™ Cirrhosis. Walau bagaimanapun, anda akan menerima pemantauan mendalam dan dalam jangka masa panjang terhadap kesihatan hati anda daripada pakar dalam bidang ini. Ahli pasukan kajian akan berbesar hati untuk menjawab sebarang soalan yang anda ada untuk membantu anda membuat keputusan termaklum.
Adakah saya mesti mengambil bahagian?
Mengambil bahagian ialah pilihan anda sepenuhnya. Jika anda memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam kajian, keputusan anda tidak akan menjejaskan sebarang rawatan masa hadapan yang mungkin anda perlukan. Jika anda menyertai salah satu kajian ini, anda bebas untuk meninggalkan kajian pada bila-bila masa tanpa penalti terhadap penjagaan kesihatan standard anda.
Adakah saya perlu membayar untuk rawatan kajian ini?
Tiada caj dikenakan untuk apa-apa rawatan atau penjagaan berkaitan kajian. Anda mungkin akan dibayar balik untuk masa dan perbelanjaan perjalanan anda. Pasukan kajian boleh memberikan maklumat lanjut.
Semua peserta dalam kajian ini akan menerima nasihat pemakanan dan aktiviti fizikal.
Berminat?
Temukan tapak kajian berdekatan andaPautan berkaitan
Dengan memilih butang di bawah, anda mengakui bahawa anda akan meninggalkan laman web Kajian LIVERAGE™_LIVERAGE™ Cirrhosis dan meneruskan ke laman web lain yang tidak dilindungi oleh Dasar Privasi laman web Kajian LIVERAGE™_LIVERAGE™ Cirrhosis.
Teruskan ke laman web